..::Welcome to Cafe Kucing Kembong::..

..::Us::..
..::Lyana & Nizam::..

Saturday, July 9, 2011

The moment that I'm really2 hate...

salam...
from today, i'll start to write everything in this blog routinely...huhhh...soooo hate n feel sucks coz needs to go for posting...yyyyyyy?i miss my mom, my brother, my dad, my mak lang, my opah n ofcoz my sayanggg...babe, please take me home!!i want to go back, honey...my mom and  my sayang, both of them give me rm100. but, i bad thing happened when i bought my lunch, rice+chicken soup..and the chicken did not cooked well.argghhhhh!!!!!so, i needs to bought the new one..nasi lemak+fried chicken also cost rm5.00..urgghhh..it was not included with the drink, oreo ice blog(rm3.50).. i was arrived at kuala kangsar at noon. clean everything. gayot with my laptop like parrot. n on evening go to town. i've bought a basket(rm1.90), face cleanser(rm11.90), hanger (rm2.00), pen (rm1.90), paper(rm2.00), chillies(rmo.80), intimate cleanser(rm5.50), scissor(rm1.00), taxi (rm2.00), nasi bujang or here called it nasi sesak (rm2.00), teh o ice(rm1.00)...hohohoho...myb i'm already spend my money to much...

Thursday, June 16, 2011

Separuh diri kita mula menyatu..


Terima kasih cinte...untuk segalanya...
kau buat hidupku penuh bahagia...
terima kasih cinta...berikan ku rasa...
bersatu kan kita menyatu...tidak begitu lama lagi kan tiba...

Tanggal 05hb Jun 2011 menjadi saksi cinta kita...menyatukan separuh dari diri kita...menjadikan kita semakin kasih dan cinta....

Tuesday, April 12, 2011

berakhirnya sebuah penantian..

Seorang sahabat pernah memberitahuku mengenai berakhirnya sebuah penantian sewaktu beliau berada di ambang terakhir hidupnya. Beliau pernah menyatakan betapa indahnya cinta antara dua jiwa. Antara dirinya dengan kekasih hatinya. Sebuah percintaan yang gagal di pertengahan jalan. Sebuah kisah sedih yang beliau tidak ingin berulang lagi pada insan yang lain.


Semasa beliau sedang cuba untuk memahami erti menyinta dan dicintai,beliau dikhianati oleh kekasih hatinya. Betapa terseksanya jiwa dan perasaan beliau semasa beliau melihat sendiri kegagalan kekasihnya mempertahankan hubungan suci yang wujud diantara dirinya dan pemilik cintanya. Kecundang atas kehendak keluarga yang saling membenci. Saling tidak menyukai.


Kekasihnya melafazkan ayat yang membuatkan beliau membenci dunia ini. Menghancurkan sekeping hati untuk meneruskan perjuangan agung didalam dunia ini. Membuatkan hatinya terluka dan pecah berderai. Betapa tidak adilnya ketentuan Ilahi...itulah yang selalu disebutnya. Betapa pilu hatiku melihat penderitaannya.


Semasa beliau sampai ke penghujung nyawa,beliau menyesal kerna kehilangan cintanya. Beliau terlalu ingin untuk bertemu walau sekali lagi dengan kekasih hatinya yang amat beliau kasihi. Namun,ketentuan Ilahi mengatasi segalanya. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa sempat bertemu dengan kekasih hatinya. Bukan kami tidak mencuba untuk memenuhi permintaannya, tetapi, permintaannya itu terlalu mustahil memandangkan kami tidak mengenali empunya diri.


Memang sedih dengan pemergiannya. Namun,apakah daya kami untuk menentang Ilahi. Kami kehilangan seorang sahabat yang selalu tertawa riang. Kadang-kala,kami terdengar lagi tawa riangnya. Betapa kami merinduinya..


Kini, diriku mengenali seorang gadis yang sudi menyintai dan menyayangi diri ini. Memang kadang-kala diriku berasa bimbang andai diriku mengikut jejak langkah sahabatku. Namun,gadis ini seorang yang amat berbeza dengan sifat yang slalu diceritakan oleh sahabatku. Beliau bukanlah seorang gadis yang lembut dan sopan. Beliau seorang yang amat tegas pendiriannya dan amat-amat garang pada pandanganku. Seorang yang akan memarahiku dan memaki diriku tanpa belas. Namun, disebalik sifatnya itu, terselit kasih yang memancar dengan terang. Ku faham andai semua yang berlaku adalah diluar kawalannya. Ku juga faham yang sebenarnya beliau amat merindui diriku.


Ku amat berharap yang kejadian yang berlaku tidak berulang lagi. Ku harap si dia sudi bersamaku buat selamanya kerna ku amat menyintai dan menyayanginya..malah amat kasih padanya. Ku berdoa agar ku dapat bersama dengannya walaupun andai kata ku pergi dulu suatu hari nanti. Semoga ku dapat terus bersamanya buat selamanya. Menemani hidupnya buat selamanya. Ku amat kasih padamu, kekasih hatiku, Siti Lyana Binti Radzuan.

Saturday, April 2, 2011

jika takdir dan cinta itu benar buatku..

setiap hari daku menangis...setiap saat air mata terus mengalir..sejuta rasa memuncak di minda dan dalam hati..
daku menangis kerana rindukan keluarga..
daku menangis kerana rindukan si dia..
jauh di lubuk kalbu xhenti bertanya...adakah abg rindukan ayang?
.......................................................adakah abg masih sayangkan ayg?
.......................................................adakah cinta abg masih wujud buat ayg?
.......................................................adakah kasih mu masih yg satu padaku?

hari-hari ku terus berdoa..teguhkanlah cinta kita..
dekatkanlah hati kita...
jauhkan lah cinta yg berbeda...

mungkin ayg xsempurna..
mungkin ayg xsecomel dulu..
mungkin ayg xseayu dulu..
mungkin ayg xsekurus dulu..
mungkin ayg xselembut dulu..
mungkin ayg xsemanja dulu...

tapi..
ayg masih setia pada cintamu,sayang...
ingin menjadi satu2nya isterimu dunia dan akhirat..
ingin melahirkan zuriat dari benihmu..
ingin menemanimu sehingga hela nafas terakhirku...

jika ayg alpa..
tegurlah ayg..tp jgn biarkan ayg..
marah lah ayg..tp jangan benci ayg..
sedarkanlah ayg...jgn tinggalkan ayg..
hukum lah ayg..tp jangan duakan ayg..

cinta dari sayang..
terlalu suci...
amat sejati...
xmungkir ayg sakiti...
tanpa cintamu ku bawa ke mati..

kita....
malam tidurmu ku dodoi selalu..
bangun lelapmu ku temani setiap waktu..
pakai siapmu ku urus sesegak pahlawan..\
makan minummu ku sedia santapan..
zahir batinmu ku rapikan seluhur hatiku..
sakit demammu ku rawat hingga sembuhmu...
rutin ku rindu bilakah kan kembali waktu..

sayang...
kaulah penawar luka ku..
teman bicara..
teman berduka..
teman gembira...
pengarang jantung...
pengisi kekosongan di dada..
selisih faham bergurau senda...
jadikan kita rapat teguh sentiasa..

buah hatiku....ku amat2 merinduimu sayang....andai masih marah di kalbumu...maafkan lah daku...hidupku mungkin sekadar senja mungkin juga subuh hanya...temanilah daku selagi hayatku ada...kerana hanya MOHAMAD KHAIRULNIZAM BIN NORDIN, satu-satunya bakal suamiku yang tercinta...

Wednesday, March 30, 2011

ayang rindu sayang sangat2...

assalammualaikum,pengarang jantungku...

dinda rindu kt kanda sgt2...dinda terseksa sgt2 kt sini...diri ini dah xsanggup lagi berjauhan sayang...setiap hari dinda menghitung saat dan waktu...air mata ni tak berhenti menangis mengenangkan saat2 indah kita bersama..amat2 sukar dipisahkan dan xmungkin dipisahkan...sayang..kita memang sehati sejiwa kan...asal sayang sakit,ayang pun jatuh sakit...begitu jugak sebaliknya..jadi,kalau hari yg sayang xsihat...mesti ayg pun xsihat jugak masa tu..

sayang...ayang xsabar tunggu nak balik..kita kembali bersama macam dulu...sentiasa dekat setiap saat dan waktu..ayang nak lakukan rutin harian ayg...masak untuk sayang n family ayg, gosok baju sayang, urut sayang, tolong sayang wat kerja dan sama-sama terlelap bila dah penat sangat...

Monday, March 28, 2011

cinta

29/03/2011 (Selasa)


Sekali lagi dirinya berlalu pergi. Pabila ku melihat matanya, ku dapat melihat riak kesedihan. Maafkan abg sayangku. Abg juga amat merinduimu. Betapa indahnya andai kita dapat bersama tanpa perlu berpisah sebegini. Abg amat berharap yang ayg memahami suara hati abg ini. Memang abg akui tujuan abg meminta syg melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan adalah agar abg dapat selalu bersama syg. Abg tidak boleh berjauhan dengan syg sepertimana syg tidak boleh berjauhan dengan abg. Ketahuilah syg yang hati abg ini amat pilu bila kita perlu berjauhan sebegini.


Setiap hari yang berlalu membuatkan abg bertambah cinta dan kasih pada syg. Apakah ini menunjukkan yang abg telah 'gila'? Apakah ini petanda yang abg amat menderita tanpa kehadiran syg disisi abg?


Dalam hati ini, abg sentiasa cemburukan syg. Abg memahami tugas ayg sebagai pelatih jururawat memrlukan syg menyentuh lelaki lain, tapi hati abg amat menderita bila memikirkan ayg menyentuh tubuh lelaki lain. Abg jadi gila bila memikirkannya syg. abg tahu yang syg amat setia pada abg, tetapi, abg tetap risau dan gelisah bila memahami hakikat tersebut. Syg, ketahuilah yang abg sudah gila. Gila terhadap cinta dan kasih yang syg hulurkan kepada abg.


Abg harap syg memahami suara hati abg ini. Abg faham kalau syg marah. Abg mohon maaf kerna seringkali melukai hati syg. Abg cinta dan kasih pada ayg buat selamanya dan berdoa agar kita dapat bertemu di syurga.

Wednesday, March 23, 2011

pertemuan

Rabu (23/03/2011)

Pertemuan ini adalah satu anugerah daripada Ilahi. Entah mengapa,setiap hari yang berlalu memberiku satu perspektif baru mengenai pertemuanku dengan kekasih hatiku. Beliau seorang yang amat istimewa. Susah nak jumpa gadis sepertinya. Kekadang, memang ku selalu berkata sendirian mengenai kecantikan peribadinya..

Beliau seorang gadis yang amat comel, manja dan bersifat keanak-anakan. Dalam waktu yang sama, beliau juga seorang yang pemarah dan amat garang (mengikut pandanganku). Tetapi,setiap kali dia marah, entah kenapa ku rasa beliau amat comel. Kekadang tu,nak aje ku memeluknya dan mengucupnya.

Beliau memiliki hati umpama dewi. Selalu cepat merasa kasihan pada sesuatu. Semalam, beliau mengadu mengenai kawannya yang memarahinya kerna memberi makan kepada dua ekor kucing yang amat comel. Sampai hati kawannya itu memarahi Makhluk Allah swt yang amat comel. Kawannya yang bersifat haiwan tu mencampak anak kucing tersebut tanpa kasihan. Takut kucing tu berak di kepalanya. Mungkin perangainya amat sial, kerna tu kucing tu berminat untuk membuang tahi di kepalanya.

Kekasihku itu kesedihan dan berasa terkilan kerna sikap kawannya. Jangan risau sayangku, abg faham kemarahanmu dan kesedihanmu. Semoga Allah swt memberi hidayah kepada kawanmu. 

Apa yang boleh abg kata, Pertemuan ayg dan kucing tu telah ditentukan Ilahi. Semoga ayang merasa bahagia dengan semua ini.